Laporan Minggu Pertama SEKMA 02 - 05 Januari 2018
Assalamualaikum / Selamat Sejahtera / Salam Ranau No. 1 / Salam SEKMA Menerajui Perubahan / Salam Piuhupan Tokou,
Selamat Tahun Baru 2018!
SEKMA telah selamat menjalankan minggu pertama persekolahan iaitu dari tarikh 02 Januari sehingga ke 05 Januari 2018.
Perhimpunan hari pertama telah berjalan dengan lancar dan guru-guru yang bertugas pada minggu pertama persekolahan ialah Cikgu Patrick Yubi dan Cikgu Buhari Junaidi.
Guru Besar SEKMA 2018, Cikgu Makrius @ Macarius B. Jair berpesan mengenai projek-projek penambahbaikan sekolah terutamanya infrastruktur dan betapa pentingnya kerjasama pihak PIBG untuk bersama-sama memajukan sekolah. Beliau juga telah memanggil beberapa orang murid untuk membaca sifir semasa perhimpunan. Semua warga sekolah bersemangat dan berharap tahun 2018 ini akan membawa kecemerlangan kepada SEKMA.
Program Transisi Tahun 1 dan 2 juga berjalan dengan lancar melalui kerjasama warga sekolah dan ibubapa yang terlibat.
Mesyuarat antara pihak sekolah dan ibubapa mengenai murid-murid Pendidikan Khas juga telah diadakan di Bilik Gerakan Sekma pada 04 Januari (Khamis) dan juga sambutan gabungan Tahun Baru dan Natal dengan jamuan ringan.
Minggu pertama ini diakhiri dengan mesyuarat pembentangan kertas kerja Kem Kepimpinan Pengawas / Pemimpin Kelas dan juga hal-hal lain bertempat di Bilik Gerakan SEKMA.
Dukacita dimaklumkan bahawa Guru Prasekolah tersayang SEKMA, Cikgu Julaiha Mujih telah bertukar ke SK. Kilimu, Ranau dan beliau telah melapor diri pada 03 Januari 2018. Warga SEKMA mendoakan agar Cikgu Julaiha sentiasa ceria dan kami mengucapkan selamat bertugas di tempat baru.
Semoga minggu seterusnya akan berjalan lancar untuk SEKMA.
- Admin

![]() |
| Mesyuarat mengenai murid-murid Pendidikan Khas |

| Kek sambutan Natal dan Tahun Baru SEKMA |
![]() |
| Guru Besar dan Penolong-penolong Kanan memotong kek |
Minggu pertama ini diakhiri dengan mesyuarat pembentangan kertas kerja Kem Kepimpinan Pengawas / Pemimpin Kelas dan juga hal-hal lain bertempat di Bilik Gerakan SEKMA.
Dukacita dimaklumkan bahawa Guru Prasekolah tersayang SEKMA, Cikgu Julaiha Mujih telah bertukar ke SK. Kilimu, Ranau dan beliau telah melapor diri pada 03 Januari 2018. Warga SEKMA mendoakan agar Cikgu Julaiha sentiasa ceria dan kami mengucapkan selamat bertugas di tempat baru.
Semoga minggu seterusnya akan berjalan lancar untuk SEKMA.
- Admin
Subscribe to:
Comments (Atom)