Assalamualaikum / Selamat Sejahtera / Salam Ranau No. 1 / Salam SEKMA Menerajui Perubahan / Salam Piuhupan Tokou,
Banyak benda berlaku dalam tahun ini dan salah satunya ialah slogan daerah Ranau ditambah dengan frasa "Katakan Tidak Kepada No. 16" dan juga "Semoga Tahun Ini Lebih Baik, Mari Kerja Bersama".
Walaubagaimanapun, tahun 2020 adalah tahun yang mencabar kepada semua secara global kerana munculnya PANDEMIK yang dikenali sebagai CORONA VIRUS ataupun COVID19. Ia adalah virus berbahaya yang telah membunuh jutaan manusia di seluruh dunia.
Oleh itu, sesi persekolahan 2020, khususnya di Malaysia telah banyak terganggu dan Kementerian Pendidikan Malaysia telah menganjurkan pembelajaran dan pengajaran di rumah ataupun PDPR secara atas talian.
Dan sehingga hari ini, 8 Disember 2020, sekolah-sekolah di mana perintah kawalan pergerakan ataupun PKP (dalam Bahasa Inggerisnya; Movement Restriction Order atau MCO) telah diarahkan untuk tutup sehingga habis sesi persekolahan pada 19 Disember 2020.
Pihak SK Matupang menasihatkan agar murid-murid dan warga sekolah terus mematuhi SOP (Standard Operation Procedure) yang diarahkan oleh Kerajaan Malaysia dan sentiasa berwaspada dengan pandemik COVID19.
![]() |
| Antara "norma baharu" SOP di sekolah |
