Sesi Persekolahan Tahun 2021

Assalamualaikum / Selamat Sejahtera / Salam Ranau Hebat, Tahun Ini Pasti Lebih Baik, Mari Kerja Bersama / Salam Pogiuhupai Tokou,

Selamat Tahun Baru 2021 kepada semua, belum terlalu lambat rasanya untuk mengucapkan ucap selamat Tahun Baru, apatah lagi Tahun Baru Cina baru sahaja diraikan pada minggu lalu (15 Februari 2021). Gong Xi Fa Cai kepada semua! 

Tahun 2021 disambung lagi dengan sesi persekolahan secara PdPR ataupun Pengajaran dan Pembelajaran dari Rumah secara online, offline dan "offsite". 

Keadaan semasa telah membuatkan kita tidak dapat menjalani sesi persekolahan secara bersemuka selepas adanya pandemik COVID19 yang telah melanda seluruh dunia pada tahun 2020. Selanjutnya pada tahun ini, negeri Sabah telah beberapa kali diarah oleh Kerajaan Malaysia untuk melakukan PKP iaitu Perintah Kawalan Pergerakan yang berperingkat yang juga bermaksud, tiada sesi persekolahan secara bersemuka di sekolah. 

Walaubagaimanapun, murid-murid telah menjalani PdPR dengan seliaan penuh pihak sekolah melalui aplikasi Whatsapp dan juga melalui kaedah offline seperti penggunaan modul dan sebagainya. 
Semoga warga sekolah dan murid-murid terus bersemangat untuk belajar demi masa depan yang gemilang. 

Di sini terdapat juga berita sedih iaitu perpindahan Guru Besar dan Guru Prasekolah kita ke sekolah lain melalui "redeployment" iaitu perpindahan setara ke sekolah lain. Guru Besar kita, En. Macarius dan Guru Prasekolah kita Pn. Julinah akan berpindah ke S. K. Sagindai yang juga berada di Zon Timur dan tidak jauh dari S. K. Matupang. 




Kami ingin mengucapkan selamat berpindah kepada Guru Besar En. Macarius dan Pn. Julinah, semoga terus cemerlang di tempat baru dan jangan lupa dengan kami di SEKMA. Segala jasa baik dan kenangan bersama kita akan simpan selama-lamanya. Kami juga ingin mengucapkan selamat datang kepada En. Rizwan iaitu Guru Prasekolah yang akan menggantikan Pn. Julinah. Selamat datang ke SEKMA.


Semoga SEKMA terus cemerlang pada tahun ini. 


InshaAllah, aamiin. 

Sekian, STAY SAFE, KITA JAGA KITA. 

No comments:

Post a Comment