Assalamualaikum / Selamat Sejahtera / Salam Ranau Hebat, Tahun Ini Pasti Lebih Baik, Mari Kerja Bersama / Salam Pogiuhupai Tokou,
Pada hari ini, Sabtu 6 November 2021, ahli-ahli PIBG SEKMA iaitu ibu bapa murid-murid SK Matupang Ranau telah mengadakan gotong-royong untuk membersihkan jalan masuk ke sekolah.
Kawasan jalan masuk ke sekolah ini telah terbiar pada tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) disebabkan oleh pandemik COVID19 dan sekolah ditutup.
Gotong-royong ini akan memudahkan proses pembukaan sekolah pada 22HB November ini berikutan negeri Sabah masuk ke Fasa ke 4 PKP yang membolehkan pembukaan sekolah mengikut penetapan oleh KPM.
Tahniah dan syabas diucapkan kepada ibubapa yang hadir.
Di sini disertakan beberapa gambar yang dikongsi melalui group Whatsapp PIBG SEKMA.
Sekian, STAY SAFE, KITA JAGA KITA.







No comments:
Post a Comment