Selamat Bercuti Hujung Tahun & Kalendar Sekolah 2022/2023

 Assalamualaikum / Selamat Sejahtera / Sabah Hebat : Katakan Tidak Kepada No. 16 / Katakan Ya Kepada 10 Terbaik / Salam Ranau Hebat, Tahun Ini Pasti Lebih Baik, Mari Kerja Bersama / Salam Pogiuhupai Tokou,

Walaupun tarikh entri ini dibuat iaitu 16-12-2021 ialah selepas seminggu "cuti sekolah" bermula, tapi warga SEKMA masih ingin mengucapkan selamat cuti hujung tahun kepada warga SEKMA semua terutamanya murid-murid SEKMA yang dikasihi. 

Pandemik COVID19 telah banyak mengubah cara hidup dan persekolahan kita. Semoga tahun hadapan akan lebih baik untuk semuanya.  Disini juga, disertakan KALENDAR AKADEMIK 2022/2023 yang telah diberikan oleh Cikgu Datu' Mohd Khiddar iaitu PK Pentadbiran SEKMA. Terima kasih Cikgu Datu'.  





SILA KLIK UNTUK MEMBESARKAN GAMBAR




Ujian Rawak COVID19 Untuk Murid-Murid

Assalamualaikum / Selamat Sejahtera / Sabah Hebat : Katakan Tidak Kepada No. 16 / Katakan Ya Kepada 10 Terbaik / Salam Ranau Hebat, Tahun Ini Pasti Lebih Baik, Mari Kerja Bersama / Salam Pogiuhupai Tokou,

Mematuhi arahan dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), ujian rawak COVID19 untuk murid-murid telah dijalankan di sekolah pada hari ini (1 Disember 2021). Ujian ini menggunakan kit RTK (Rapid Test Kit) yang dibekalkan oleh KPM. Ujian ini juga akan dijalankan setiap minggu pada hari Rabu, dengan data dihantar setiap hari Jumaat. 

Berikut adalah gambar-gambar yang dikongsi melalui Group Whatsapp. 













Tahniah dan syabas kepada semua yang terlibat menjayakan ujian COVID19 ini. 

Sekian, STAY SAFE, KITA JAGA KITA.