Mendapat Sumbangan Bantuan Penyelenggaraan Paip Graviti Sekolah

Assalamualaikum / Selamat Sejahtera / Sabah Hebat : Katakan Tidak Kepada No. 16 / Katakan Ya Kepada 10 Terbaik / Salam Ranau Hebat, Tahun Ini Pasti Lebih Baik, Mari Kerja Bersama / Salam Pogiuhupai Tokou,

Sekolah telah menghadapi gangguan bekalan air kerana paip graviti yang digunakan telah rosak dan perlu diselenggara. Penyelenggaraan ini termasuklah menggantikan paip-paip yang sudah usang dan rosak. 

Pihak SEKMA bersyukur kerana YB Parlimen P 179 Ranau telah memberikan sumbangan barang-barang untuk penyelenggaraan paip graviti tersebut. Pada 19 Januari 2022 di pekan Ranau, di kedai "hardware" berhampiran Klinik Dr. Stanley, Guru Besar bersama-sama Cikgu Buhari dan Cikgu Patrick telah menerima bantuan tersebut. Kereta pacuan 4 roda "single cab" kepunyaan Cikgu Buhari dan Cikgu Patrick telah digunakan untuk mengangkat barang-barang tersebut. Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat. 

Berikut ialah gambar-gambar yang diambil dari perkongsian di "Whatsapp group".







Sekian, STAY SAFE, KITA JAGA KITA. 


No comments:

Post a Comment