Assalamualaikum / Selamat Sejahtera / Sabah Hebat : Katakan Tidak Kepada No. 16 / Katakan Ya Kepada 10 Terbaik / Salam Ranau Hebat, Tahun Ini Pasti Lebih Baik, Mari Kerja Bersama / Salam Pogiuhupai Tokou,
Ini ialah logo SEKMA versi akhir (buat masa ini), dengan menambah satu gegelung "olimpik" berwarna putih pada design logo, mengikut cadangan Guru Besar. Sekarang logo SEKMA kelihatan lebih lengkap dan cantik.
Menurut Guru Besar, "gelung olimpik" berwarna putih tersebut mewakili semangat kesukanan untuk prasekolah SEKMA. Manakala tiga gelung yang lain pula, mewakili jumlah rumah sukan yang ada di sekolah rendah. Kedudukannya yang berada di sebelah kanan logo SEKMA telah menyeimbangkan design logo ini dan melambangkan bahawa seseorang murid perlu seimbang dari segi JERIS (Jasmani, Emosi, Rohani, Intelek dan Sosial), selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Sekian, STAY SAFE, KITA JAGA KITA.
