Lawatan Pihak Kesihatan ke SEKMA 2023

  Assalamualaikum, Salam Sejahtera, Salam Pogiuhupai Tokou, 

Pada Khamis 24 Ogos 2023, beberapa pegawai dari Jabatan Kesihatan Malaysia telah datang ke SEKMA untuk pemeriksaan. Pegawai-pegawai ini diiring oleh Encik Datu Mohd Khiddar (PK Pentadbiran), Encik Buhari dan juga Encik Basillius selaku Guru Kesihatan. 



Dapatan dari lawatan ini ialah, 

1. Sign Board "No Smoking" perlu ada di bangunan sekolah.

2. Tong pemadam api yang sudah luput tarikh perlu diganti.

3. Pelan kebakaran perlu ada

4. Stor susu perlu dipindah ke tempat yg bebas tikus 

5. Tandas mestilah sentiasa bersih

6. Pondok pengumpulan sampah perlu diwujudkan 

7.  Elakkan adanya air bertakung


Pihak SEKMA mengucapkan terima kasih atas lawatan / pemeriksaan ini dan akan menyelesaikan isu / dapatan yang diperolehi. 



Pertandingan Pantun MBM Peringkat Zon Timur 2023

  Assalamualaikum, Salam Sejahtera, Salam Pogiuhupai Tokou, 


Pada 25 Ogos 2023 bersamaan hari Khamis, Pertandingan Pantun MBM Peringkat Zon Timur untuk tahun 2023/2024 telah diadakan di SK Sagindai, Ranau. 

SEKMA telah menghantar peserta yang terdiri daripada adik Siti Ihza Masyitah Binti Marsoni, adik Amanda Robert, adik Muhd Iffat Mansiz Bin Marsoni dan adik Aldenn Bryan Bobby. Pasukan peserta pantun diiringi oleh guru pengiring, Ustaz Rahidi (PK KOKUM), Puan Isnani (PK HEM) dan guru-guru jurulatih pantun dan guru Bahasa Melayu iaitu Puan Veronica, Puan Surainie dan Encik Hafeez. 

Pasukan SEKMA telah berjaya mendapat tempat ketiga. Tahniah diucapkan kepada semua yang terlibat. 




Untuk gambar-gambar yang lebih banyak, boleh melawat ke page Facebook SEKMA di SINI

Pelancaran Bulan Kemerdekaan 2023

 Assalamualaikum, Salam Sejahtera, Salam Pogiuhupai Tokou, 

Pada hari ini, 11 Ogos 2023, pelancaran sambutan Bulan Kemerdekaan 2023 telah diadakan di Dewan Solar Hybrid SK Matupang. 


Persembahan sketsa oleh murid-murid SK Matupang








Senarai Pemenang Karnival Bahasa Melayu Zon Timur Ranau 2023

Assalamualaikum, Salam Sejahtera, Salam Pogiuhupai Tokou, 


Tahniah diucapkan kepada peserta-peserta Karnival Bahasa Melayu Zon Timur 2023 yang bertempat di SK Sagindai, Ranau pada 10 Ogos 2023. 

Adik Alisha (Tahun 4) JOHAN bagi Pertandingan Bercerita Tahap 2
Adik Agnes (Tahun 5) NAIB JOHAN Pertandingan PIDATO 

Adik Brittney (Tahun 4) NAIB JOHAN Pertandingan Syair

Adik Siti Irtia (Tahun 3) JOHAN Pertandingan Bercerita Tahap 1