BSMM SEKMA Menyertai Perkhemahan BSMM Peringkat Kebangsaan 2023

     Assalamualaikum, Salam Sejahtera, Salam Pogiuhupai Tokou, 

Pada 25 hingga 27 SEPTEMBER 2023 lalu, seramai empat orang murid dari SK Matupang telah menyertai Perkhemahan BSMM Peringkat Kebangsaan 2023 yang bertempat di Pusat Kokurikulum Kem Malangang, Kiulu, Sabah. 

Murid-murid ini ialah murid-murid darjah 6; adik Muhammad Iffat Mansiz bin Marsoni, adik Amanda Robert, adik Aldenn Bryan dan adik Fiona Che Ling Ling. Mereka telah diiringi oleh guru pengiring, Guru BSMM SEKMA, Puan Surianie bte Zulkifli dan juga Cik Sulastry. 

Kem ini diadakan selama tiga hari. Guru Besar SK Matupang, Encik Hamdi bin Hashim, Penolong Kanan Kokurikulum, Ustaz Rahidi bin Pongot dan Cikgu Buhari Junaidi telah menghantar peserta-peserta dan guru pengiring ke Pusat Kokurikulum Kem Malangang, Kiulu. 

Berikut ialah sebahagian gambar-gambar yang diperolehi dari group Telegram dan Whatsapp yang telah dikongsikan oleh guru pengiring. 


Dari kanan: Ustaz Rahidi (PK Kokum), En. Hamdi (Guru Besar), En. Buhari dan Pn. Surainie (Guru Pengiring), Murid dari kanan, Muhammad Iffat, Fiona Che Ling Ling, Amanda dan Aldenn Bryan. 









Warga SEKMA mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua peserta dan guru pengiring serta semua yang terlibat. 








Pemberian Slip PBD sesi pertama, September 2023 / 2024

    Assalamualaikum, Salam Sejahtera, Salam Pogiuhupai Tokou, 

Pada hari ini, 27 SEPTEMBER 2023 bersamaan hari Rabu, sesi pembahagian slip PBD (Pentaksiran Bilik Darjah) telah diadakan di SK Matupang. 

Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) ialah pentaksiran berterusan semasa sesi pengajaran dan pembelajaran di sekolah, mengenai perkembangan, kemajuan, kebolehan dan pencapaian murid-murid. 





Surat pemberitahuan dari Setiausaha PBD SEKMA, 
Ustazah Hettyiana. 

Berikut ialah gambar-gambar yang sempat dirakam semasa pemberian slip PBD.







Semoga anak-anak murid SEKMA akan terus maju dalam pelajaran mereka dengan kerjasama ibubapa yang cakna dengan prestasi pendidikan anak-anak. 

Karnival Perpaduan Bahasa Inggeris (MBI) Peringkat Zon Timur 2023

   Assalamualaikum, Salam Sejahtera, Salam Pogiuhupai Tokou, 

Pada Khamis 7 September 2023, telah diadakan Karnival Perpaduan Bahasa Inggeris (MBI) peringkat Zon Timur Ranau telah diadakan di SK Sagindai, Ranau. 

Antara aktiviti yang dijalankan ialah Story Telling Competition, Public Speaking Competition, Dare To Spell, Scrabble dan Poetry Recitation Competition. 

Beberapa orang murid dari SK Matupang telah menyertai beberapa pertandingan ini iaitu, 


1) Dare To Spell - adik Mohammad Zariff Adzeem Bin Musa

2) Scrabble - adik Muhammad Iffat Mansiz Bin Marsoni  (Tahun 6)

                   - adik Siti Ihza Masyitah Binti Marsoni (Tahun 5)

                   - adik Adam Rizq Hycarl Bin Colin Lucas (Tahun 5)

3) Poetry Recitation - adik Adam Mukhriz Bin Masni (Tahun 4)

                                - adik Flannery Ronald (Tahun 4)


Dalam karnival tahun ini, adik Mohammad Zariff telah mendapat naib johan dalam Dare To Spell competition manakala kumpulan yang menyertai Scrabble hanya mendapat saguhati dan juga pasukan yang menyertai Poetry Recitation mendapat tempat ke 4 dari 8 sekolah. 

Walaupun murid-murid yang bertanding pada tahun ini kurang berjaya, tetapi semangat yang ditunjukkan amat dipuji dan harus dicontohi. Mereka telah bertanding dengan sehabis baik dan semoga tahun depan, SK Matupang akan dapat memberi saingan yang hebat kepada sekolah-sekolah di Zon Timur. Tahniah diucapkan kepada semua. 

Karnival Perpaduan Bahasa Inggeris (MBI) ini akan dianjurkan oleh SK Matupang pada tahun hadapan iaitu Tahun 2024. 

Di kesempatan ini, pihak SK Matupang juga ingin mengucapkan SELAMAT BERSARA awal kepada mantan Guru Besar SK Matupang yang pada masa ini bertugas sebagai Guru Besar SK Sagindai, iaitu Encik Macarius Jair dan warga sekolah merakamkan setinggi-tinggi terima kasih kepada beliau diatas segala jasa beliau ketika berada di SEKMA dan juga ketika berada di SK Sagindai. Selamat bersara dan semoga Encik Macarius dikurniakan kesihatan yang baik selepas pencen. 

Berikut ialah gambar-gambar yang sempat dirakam semasa karnival berlangsung


adik Mohammad Zariff menerima sijil naib johan Dare To Spell



adik Siti Ihza dan adik Muhammad Iffat menerima sijil saguhati acara Scrabble

adik Adam Mukhriz dan adik Flannery sedang mempersembahkan 
"poetry" mereka. 

Rombongan SK Matupang diiringi oleh guru-guru pengiring dan jurulatih, Cikgu Veronica Namin, Cikgu Surainie Zulkifli dan Ustazah Hettyiana Kasumin.  

Gambar kenangan sebelum pulang. Bersama adik Adam Danial Hafiy sebagai pembantu pengiring rombongan. 

Rombongan SK Matupang bersama adik Amanda Robert dan adik Fiona Che Ling Ling sebagai pembantu pengiring. 

Adik-beradik Muhammad Iffat dan Siti Ihza dalam pertandingan Scrabble melalui laman Woogles. 

Adik Muhammad Iffat dan adik Adam Rizq Hycarl semasa pertandingan Scrabble 

Kumpulan Scrabble bersama guru pengiring, Ustazah Hettyiana. 

Encik Colin yang bertugas sebagai Pegawai Teknik dan juga pengacara dalam pertandingan 
Poetry Recitation. 

Ustaz Rahidi selaku PK Kokum menerima gimik penyerahan bagi penganjuran 
Karnival Bahasa Inggeris tahun hadapan (2024) yang akan dianjurkan oleh 
SK Matupang. 

. Untuk melihat gambar-gambar lain dan maklumat terkini SEKMA, sila lawat FACEBOOK SK MATUPANG