Pembinaan Pondok oleh Ahli PIBG SEKMA 2024

       Assalamualaikum, Salam Sejahtera, Salam Pogiuhupai Tokou, 


Selamat tahun baru 2024. Sesi persekolahan 2023/2024 akan bakal berakhir seminggu sahaja lagi. Sekolah akan bercuti pada 9 FEBRUARI 2024 selama sebulan dan akan dibuka pada 10 MAC 2024 (hari pertama berpuasa). 

Banyak info yang terlepas untuk dikongsikan di blog ini tetapi anda boleh sahaja melihat laman ALUMNI SK MATUPANG untuk melihat gambar-gambar dan peristiwa yang berlaku di SEKMA sepanjang 2023. 

Pada 30 JANUARI 2024, ahli PIBG telah bergotong-royong untuk membina pondok di kawasan padang sekolah. 
Berikut adalah gambar yang sempat dikongsikan oleh ahli PIBG di dalam group Whatsapp PIBG SEKMA. 














Syabas dan tahniah kepada semua ahli PIBG yang sangat prihatin dan bertungkus-lumus selalu demi keselesaan warga SEKMA terutamanya murid-murid kesayangan. 

Semoga pondok ini terus dapat dibina dengan lancar sehingga siap sepenuhnya.