PEMILIHAN RUGBI SENTUH BAWAH 12 TAHUN PERINGKAT DAERAH RANAU 2024

          Assalamualaikum, Salam Sejahtera, Salam Pogiuhupai Tokou, 

Pada 1 Julai 2024 yang lalu, pemilihan pemain acara rugbi sentuh bawah 12 tahun peringkat daerah Ranau telah diadakan, dianjurkan oleh SK Tampios, Ranau. 

Cikgu Basillius telah membawa beberapa orang murid SEKMA dan dua orang murid telah terpilih untuk mewakili daerah Ranau ke peringkat negeri. 

Murid-murid tersebut ialah Alfio Victor Laddy dari Tahun 5 dan Avo Veyll Jack dari Tahun 6



Tahniah diucapkan kepada Alfio dan Avo dan semoga terus cemerlang dalam sukan ragbi. Sekalung penghargaan juga kepada Cikgu Basillius Dausin yang telah melatih dan mengurus murid-murid ini. 

Sebagai maklumat tambahan, Cikgu Basillius akan berpindah dari SEKMA ke sekolah baru pada 15 Julai 2024. Terima kasih cikgu, di atas khidmat selama ini di SEKMA. Kami akan merindui cikgu. Teruskan kecemerlangan di sekolah baru. 

No comments:

Post a Comment