Gotong-Royong PIBG 28 Februari 2025

                 Assalamualaikum, Salam Sejahtera, Salam Pogiuhupai Tokou, 


Pada hari ini, 28 Februari 2025 bersamaan hari Jumaat, satu gotong-royong diadakan di kawasan SK Matupang yang dianjurkan oleh PIBG SK Matupang. 

Gotong-royong ini untuk membersihkan kawasan jalan masuk ke sekolah dan juga membersihkan kawasan berdekatan dewan Kg. Matupang. 

Berikut ialah gambar-gambar yang sempat disimpan melalui aplikasi Whatsapp. 










Sememangnya salah satu kekuatan yang ada di SK Matupang ialah PIBG yang amat dedikasi dan prihatin dengan sekolah. Ibubapa SK Matupang selalu menyumbangkan tenaga untuk keselesaan warga SK Matupang terutamanya murid-murid. 

Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua ahli PIBG terutamanya Yang Dipertua PIBG SK Matupang, Encik Gaery. 

Sekian, Salam Pogiuhupai Tokou!  



Perutusan dari Pengarah JPN, Pegawai Pendidikan Daerah Ranau & Guru Besar SEKMA 2025

                Assalamualaikum, Salam Sejahtera, Salam Pogiuhupai Tokou, 


Warga SEKMA mengucapkan, selamat kembali bersekolah untuk sesi persekolahan 2025/2026! 







Selamat kembali bersekolah sesi 2025/2026 dan Pengumuman Penting

               Assalamualaikum, Salam Sejahtera, Salam Pogiuhupai Tokou, 

Warga SEKMA mengucapkan, selamat kembali bersekolah untuk sesi persekolahan 2025/2026! 

Pada sesi ini, warga SEKMA dengan rasa bercampur baur sedih dan gembira, mengumumkan beberapa perkara. 

1) SEKMA mengumumkan bahawa setelah 4 tahun berkhidmat sebagai Yang DiPertua PIBG SK Matupang, Puan Halijah Sikon telah mengundur diri untuk memberikan ruang kepada Yand DiPertua PIBG yang baru iaitu Encik Gaerry. Warga SEKMA merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Puan Halijah di atas khidmat beliau selama ini dan atas dedikasi beliau, banyak perubahan boleh dilihat di sekolah. Terima kasih dan semoga Puan Halijah terus memberikan sokongan terhadap SK Matupang. 


2) Penolong Kanan 1 SK Matupang, iaitu Encik Datu Mohd Khiddar bin Datu Kadir, telah berpindah ke SK Kemburongoh kerana beliau telah menjadi Guru Besar yang baru di SK Kemburongoh. Warga SEKMA mengucapkan tahniah dan syabas serta tumpang gembira. Walaupun sedih kerana Cikgu Datu ialah salah satu "orang kuat" SK Matupang, tetapi kami sentiasa mendoakan kejayaan untuk beliau dan mendoakan semoga beliau terus sukses sebagai pentadbir di sekolah baru. Warga SEKMA juga merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Cikgu Datu di atas khidmat sepanjang berada di SK Matupang. 


3) SK Matupang juga mengucapkan selamat datang kepada Guru Besar dan Penolong Kanan Pentadbiran yang baru iaitu Encik Jainudin Asip dan Encik Mairin Gosman. Encik Jainudin menggantikan guru besar lama, Encik Hamdi yang sudah bertukar ke SK Kilimu Ranau manakala Encik Mairin pula menggantikan Encik Datu Mohd Khiddar yang bertukar (menjadi guru besar) di SK Kemburongoh. Semoga SK Matupang terus cemerlang dengan kehadiran pentadbir-pentadbir baru. InshaAllah. 




Sekian, Salam Pogiuhupai Tokou!