PERTANDINGAN NYANYIAN SOLO DAN DUO IRAMA MALAYSIA PERINGKAT ZON TIMUR DAN PERINGKAT DAERAH 2024

           Assalamualaikum, Salam Sejahtera, Salam Pogiuhupai Tokou, 


Pada 27 Jun 2024 yang lalu, telah diadakan Pertandingan Nyanyian Solo dan Duo Irama Malaysia peringkat daerah Ranau. 

Wakil dari SEKMA ialah adik Muhammad Irfan bin Mohd Rozaidi dari Tahun 6 dan adik Brittneyclare Juani dari Tahun 5. Mereka telah mendapat tempat NAIB JOHAN. Tahniah untuk adik-adik ini dan sekalung penghargaan bagi guru-guru yang telah melatih mereka iaitu Cikgu Veronica dan Cikgu Suryanie. 


Cikgu Veronica bersama adik Muhammad Irfan dan adik Brittneyclare


Pasangan duo ini juga telah memenangi Pertandingan Nyanyian Duo di peringkat Zon Timur yang telah diadakan pada 25 Jun 2024 di SEKMA. 


Penyampaian sijil dan trofi kepada adik Irfan dan Brittneyclare oleh 
Penolong Kanan 1 SEKMA, Cikgu Datu Khiddar. 


PEMILIHAN RUGBI SENTUH BAWAH 12 TAHUN PERINGKAT DAERAH RANAU 2024

          Assalamualaikum, Salam Sejahtera, Salam Pogiuhupai Tokou, 

Pada 1 Julai 2024 yang lalu, pemilihan pemain acara rugbi sentuh bawah 12 tahun peringkat daerah Ranau telah diadakan, dianjurkan oleh SK Tampios, Ranau. 

Cikgu Basillius telah membawa beberapa orang murid SEKMA dan dua orang murid telah terpilih untuk mewakili daerah Ranau ke peringkat negeri. 

Murid-murid tersebut ialah Alfio Victor Laddy dari Tahun 5 dan Avo Veyll Jack dari Tahun 6



Tahniah diucapkan kepada Alfio dan Avo dan semoga terus cemerlang dalam sukan ragbi. Sekalung penghargaan juga kepada Cikgu Basillius Dausin yang telah melatih dan mengurus murid-murid ini. 

Sebagai maklumat tambahan, Cikgu Basillius akan berpindah dari SEKMA ke sekolah baru pada 15 Julai 2024. Terima kasih cikgu, di atas khidmat selama ini di SEKMA. Kami akan merindui cikgu. Teruskan kecemerlangan di sekolah baru.